Langkau ke navigasi utama Langkau ke kandungan Langkau ke pengaki

Cara Menghilangkan Kesan Rumput

Cara Menghilangkan Kesan Rumput

Kesan kotoran rumput adalah salah satu kotoran yang paling sukar dihilangkan daripada fabrik.

Ikuti Langkah-langkah Ini untuk Menghilangkan Kesan Rumput daripada Pakaian Putih dan Berwarna dengan Clorox 2® for Colors Stain Remover Spray:

  1. Tanggal
    Tanggalkan pakaian: jangan gunakan produk pada pakaian semasa memakainya.
  2. Uji
    Lakukan ujian ketahanan warna dengan menggunakan Clorox 2® for Colors Stain Remover Spray pada bahagian tersembunyi fabrik tersebut. Tunggu 10 minit, bilas dengan air dan biarkan kering. Sekiranya warna fabrik terjejas, jangan gunakan produk ini.
  3. Tanggal
    Tanggalkan kotoran yang longgar daripada fabrik dan kesat kesan basah dengan kain penyerap bersih.
  4. Sembur dan basuh
    Sembur Clorox 2® for Colors Stain Remover Spray terus pada fabrik sehingga menutup keseluruhan kesan kotoran. Tunggu 10 minit kemudian basuh dengan segera bersama muatan berwarna untuk pakaian berwarna, atau muatan putih untuk pakaian putih.

Sebagai alternatif anda boleh menggunakan Clorox® Bleach atau Clorox® Scented Bleach untuk menghilangkan kesan rumput pada pakaian putih.

Ikuti Langkah-langkah Mudah Ini untuk Rawatan Awal dan Cucian:

  1. Bilas
    Bilas untuk membuang kotoran yang longgar.
  2. Rendam
    Rendam pakaian sepenuhnya selama 5 minit dalam larutan 4 sudu besar (60ml) Clorox® Bleach atau Clorox® Scented Bleach untuk setiap 2 Liter air.
  3. Basuh
    Tambah item yang telah dirawat ke dalam mesin basuh dengan detergen kegemaran anda dan mulakan kitaran cucian biasa anda. Jangan lupa memeriksa label penjagaan fabrik dan arahan cucian sebelum mencuci.

Cuci pada suhu 40°C untuk hasil terbaik. Sekiranya anda ragu-ragu mengenai ketahanan warna pakaian, titiskan satu titik larutan ujian iaitu campuran 1 sudu besar (15ml) Clorox® Bleach atau Clorox® Scented Bleach dengan 60ml air pada bahagian tersembunyi fabrik itu. Biarkan selamat 1 minit dan usap sehingga kering. Sekiranya tiada perubahan warna anda boleh gunakan Clorox® Bleach atau Clorox® Scented Bleach dengan selamat.