Langkau ke navigasi utama Langkau ke kandungan Langkau ke pengaki

Cara Membantu Mencegah Penularan Coronavirus

Cara Membantu Mencegah Penularan Coronavirus

Apakah itu Coronavirus?

Coronavirus adalah keluarga besar virus, dari selesema hingga penyakit yang lebih serius dan boleh menjangkiti manusia dan haiwan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Strain terbaru yang ditemui di Wuhan, China, pada Januari 2020, adalah berkaitan dengan dua coronavirus yang lain yang telah menyebabkan wabak dalam beberapa tahun yang lalu: Middle East respiratory syndrome, atau MERS, dan sever acute respiratory syndrome, atau SARS.

Untuk maklumat terkini megenai virus ini, layari laman web Centers for Disease Control and Prevention.

Gejala & Penyakit Coronavirus

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), pesakit yang disahkan dijangkiti COVID-19 dilaporkan mengalami radang paru-paru yang ringan sehingga yan teruk, dengan gejala:

  • Demam
  • Batuk
  • Sesak nafas

Gejala COVID-19 boleh muncul hanya dalam 2 hari atau selama 14 hari selepas terdedah. Ini adalah berdasarkan tempoh inkubasi virus MERS yang telah diperhatikan sebelum ini.

Bagaimana Coronavirus Merebak

Menurut CDC, strain coronavirus baru yang menyebabkan COVID-19 paling sering menyebar
dari orang yang dijangkiti ke orang lain melalui:

  • Udara dengan batuk dan bersin
  • Kontak rapat seperti menyentuh atau berjabat tangan
  • Menyentuh objek atau permukaan yang terdapat virus padanya, kemudian menyentuh mulut,
    hidung atau mata anda sebelumnya mencuci tangan
  • Dengan jarangna, pencemaran tinja

Untuk maklumat lebih lanjut, rujuk laman web CDC di: https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/.

Pencegahan Jangkitan Coronavirus

Sentiasalah dapatkan nasihat perubatan daripada doktor anda. Pada masa ini, tiada vaksin yang boleh melindungi anda darapada jangkitan COVID-19. Namun, CDC menyarankan langkah-langkah berikut untuk mengurankan risiko anda dijangkiti:

Basuh tangan anda dengan sabun dan air selama sekurang-kurangnya 20 saat. Elakkan menyentuh mata, hidung, atau mulut sebelum mencuci tangan. Elakkan bergaul rapat dengan individu yang sakit.
Gunakan tisu atau siku anda, dan bukan tangan anda, untuk menutup mulut apabila batuk dan bersin. Bersihkan dan nyahjankit temppat kerja yang dikongsi, dan permukaan yang sering disentuh. Kekal di rumah jika anda mengalami gejala seperti selesema.

Produk Clorox® yang anda boleh gunakan untuk Membasmi Kuman

Produk ini telah menunjukkan keberkesanannya terhadap virus yang serupa dengan COVID-19 pada permukaan keras dan tidak berliang.*

Clorox®
Bleach
Clorox®
Disinfecting Wipes
Clorox® Clean-Up®
Cleaner + Bleach
  • Cuci permukaan terlebih dahulu.
  • Mop atau lap dengan larutan peluntur. Rujuk label produk anda untuk arahan dos.
  • Biarkan larutan berkontak dengan permukaan selama sekurang-kurangnya 10 minit. Bilas sepenuhnya dan biarkan kering.
  • Bersihkan kotoran yang berlebihan.
  • Lap permukaan.
  • Biarkan permukaan kering (untuk membasmi kuman, permukaan perlu berkontak dengan produk selama 4 minit).
  • Bersihkan kotoran yang berlebihan.
  • Sembur produk 4–6 inci daripada permukaan sehingga basah sepenuhnya.
  • Biarkan selama 30 saat.
  • Bilas atau lap sehingga bersih.
Lihat Produk Lihat Produk Lihat Produk

* Berdasarkan Emerging Pathogen Policy oleh EPA, produk ini boleh digunakan untuk melawan COVID-19 apabila digunakan seperti diarahkan pada label.

Nasihat Daripada Pakar-Pakar Kami