Langkau ke navigasi utama Langkau ke kandungan Langkau ke pengaki

Petua Pencegahan Selesema

Petua Pencegahan Selesema

Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mencegah jangkitan selesema dan mengurangkan penyebaran virus.

Dapatkan vaksin.

Vaksinasi ialah langkah pertama untuk mencegah selesema. Secara umum, semua orang yang sihat harus mendapatkan vaksinasi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan kumpulan berisiko tinggi dan semua kanak-kanak yang sihat harus mendapatkan vaksinasi untuk selesema.

Basuh tangan anda dengan kerap.

Virus yang menyebabkan demam dan selesema boleh merebak melalui sentuhan tidak langsung. Seseorang mungkin bersin ke dalam tangan mereka dan menyentuh tombol pintu, lantas menjangkiti orang lain yang menyentuhnya. Cara yang terbaik mencegah jangkitan ialah dengan membasuh tangan.

Batuk di bahagian dalam siku.

Virus melekat pada tangan yang terdedah. Anda boleh mengurangkan penyebaran virus dengan memastikan anda batuk di bahagian dalam siku dan bukan tangan anda.

Membasmi kuman pada permukaan terdedah.

Virus yang menyebabkan demam dan selesema boleh hidup pada permukaan terdedah selama 48 jam. Jangan lupa untuk menggunakan produk disinfektan Clorox® pada permukaan yang terdedah seperti ganggang telefon, tombol pintu, suis lampu dan alat kawalan jauh.

Minum air.

Air kosong boleh membantu menguatkan sistem imun anda dan membantu mencegah jangkitan selesema. Jika anda jatuh sakit, air menghidratkan anda dan membuang toksin dalam sistem anda.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan garis panduan pengambilan air seperti berikut:

  • Orang dewasa dalam keadaan biasa: 1–2.4 liter/hari
  • Orang dewasa pada cuaca suhu purata tinggi (32°C): 2.8–3.4 liter/hari
  • Orang dewasa yang sederhana aktif: 3.7 liter/hari
  • Kanak-kanak berumur 10 tahun: 1 liter/hari

Untuk maklumat lanjut mengenai jumlah air yang anda patut minum sila rujuk kepada Garis Panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).