Langkau ke navigasi utama Langkau ke kandungan Langkau ke pengaki

Cara Menggunakan Peluntur untuk Pakaian Berwarna

Cara Menggunakan Peluntur untuk Pakaian Berwarna

Sebelum menggunakan peluntur pada pakaian berwarna, periksa ketahanan warna terlebih dahulu. Ini boleh dilakukan dengan satu ujian mudah:

  1. Campur
    Cairkan 2 sudu kecil (10ml) Clorox® Bleach atau Clorox® Scented Bleach dalam 1/3 cawan air.
  2. Guna
    Titiskan setitik larutan ini pada bahagian tersembunyi pakaian yang berwarna itu, misalnya pada kelepet, lipatan atau kelim dalam.
  3. Bilas
    Tunggu 1 minit, kemudian bilas.
  4. Sahkan
    Periksa bahagian yang dititiskan larutan peluntur. Jika tiada perubahan warna berlaku itu bermaksud ia boleh dilunturkan.

Apabila mencuci pakaian dengan peluntur, jumlah betul untuk muatan biasa ialah 250ml (mesin bukaan atas) atau 125ml (mesin bukaan depan). Semasa menambah peluntur elakkan peluntur yang tidak dicairkan daripada bersentuhan dengan pakaian anda. Ini penting untuk kedua-dua pakaian putih dan pakaian berwarna boleh luntur.

Tambah peluntur ke mesin basuh semasa air sedang diisi dan sebelum memasukkan muatan. Putarkan bahagian pengocak apabila mesin basuh separuh penuh untuk mengacau peluntur sebelum menambah muatan. Gunakan cawan sukatan untuk memastikan anda menggunakan kuantiti peluntur yang betul dan untuk mencegah tumpahan.


Selepas membasuh muatan pakaian dengan peluntur, ia adalah selamat untuk melakukan cucian biasa selepas itu. Selagi mesin basuh anda berfungsi dengan betul, tidak sepatutnya ada sisa peluntur di dalamnya. Oleh itu apa-apa cucian seterusnya yang tidak boleh terkena peluntur tidak akan terjejas.