Langkau ke navigasi utama Langkau ke kandungan Langkau ke pengaki

Cara Membersihkan Mesin Basuh Anda

Cara Membersihkan Mesin Basuh Anda

Untuk membersihkan mesin basuh, anda boleh menjalankan fungsi “tub cleaning” apabila mesin basuh tidak digunakan. Anda juga boleh mengambil langkah-langkah berikut jika mesin basuh anda tidak mempunyai fungsi “tub cleaning”:

  1. Penyediaan
    Pilih kitaran cucian putih atau air panas.
  2. Isi
    Isikan bekas peluntur sehingga garisan maksimum dengan Clorox® Bleach. Sekiranya mesin basuh anda tidak dilengkapi bekas peluntur, mulakan mesin basuh secara manual pada kitaran air panas, tunggu sehingga mesin basuh diisi air kemudian tambah 125ml Clorox® Bleach. Teruskan dengan kitaran itu.
  3. Basuh dengan Bilas Tambahan
    Lengkapkan kitaran cucian tersebut dengan bilas tambahan untuk memastikan segala sisa peluntur dibersihkan sepenuhnya. Jika mesin basuh anda tidak mempunyai pilihan bilas tambahan, pilih kitaran bilas secara manual selepas tamat kitaran itu dan mulakan mesin basuh anda sekali lagi.

Selepas menjalankan fungsi "tub cleaning" atau membasuh muatan pakaian dengan peluntur, ia adalah selamat untuk membuat cucian biasa selepas itu. Selagi mesin basuh anda berfungsi dengan betul, tidak sepatutnya ada sisa peluntur di dalamnya. Oleh itu, apa-apa cucian seterusnya yang tidak boleh terkena peluntur tidak akan terjejas.