Langkau ke navigasi utama Langkau ke kandungan Langkau ke pengaki

Cara Menghilangkan Kulat dan Kulapuk daripada Pakaian

Cara Menghilangkan Kulat dan Kulapuk daripada Pakaian

Cara terbaik untuk menghilangkan kulat dan kulapuk pada pakaian ialah dengan menggunakan peluntur cecair yang mengandungi natrium hipoklorit seperti Clorox® Bleach atau Clorox® Scented Bleach untuk pakaian putih dan pakaian berwarna boleh luntur.

Ikuti Langkah-langkah Ini untuk Menghilangkan Kulat dan Kulapuk:

  1. Berus
    Beruskan bintik-bintik hitam daripada permukaan. Cuba elakkan spora daripada merebak ke udara dan tersebar ke permukaan lain.
  2. Rendam pertama
    Rendam seketika:
  3. Bilas dan Basuh
    Bilas dan cuci. Cuci pakaian tersebut dalam suhu air yang paling suam mengikut yang disyorkan label penjagaan.
  4. Kering
    Keringkan pakaian dengan segera dalam mesin pengering atau di bawah matahari.

Pakaian berwarna tertentu boleh dilunturkan. Untuk mengetahui sama ada pakaian boleh dilunturkan, anda boleh melakukan ujian kebolehlunturan yang mudah. Campurkan 2 sudu kecil (10ml) Clorox® Bleach atau Clorox® Scented Bleach dengan 1/3 cawan air. Titiskan setitik larutan ini pada bahagian tersembunyi fabrik itu. Bilas selepas 5 minit dan keringkan. Sekiranya tiada perubahan warna, anda boleh gunakan cecair peluntur pada item yang diuji itu.
Jangan biarkan pakaian duduk di mesin basuh atau bakul untuk jangka masa panjang kerana ini adalah keadaan yang sempurna untuk pembiakan cendawan dan jamur.