Langkau ke navigasi utama Langkau ke kandungan Langkau ke pengaki

Cara Membersihkan Cadar Putih

Cara Membersihkan Cadar Putih

Kebanyakan label penjagaan fabrik tidak menggalakkan cucian dengan peluntur klorin, walaupun untuk kemeja-T kapas putih. Akan tetapi, detergen sahaja tidak mencukupi untuk membersihkan pakaian putih sepenuhnya. Pelbagai ujian dan kajian yang dijalankan membuktikan ia selamat untuk menggunakan Clorox® Bleach seperti yang diarahkan pada pelbagai jenis item.

Sebelum mencuci, kami menggalakkan anda menjalankan ujian kebolehlunturan atau ketahanan warna. Maklumat lanjut mengenai ujian ini disertakan di bawah selepas arahan mencuci.

Mesin Basuh:

  1. Isi

    Isikan Clorox® Bleach sehingga garisan maksimum bekas peluntur mesin basuh anda. Sekiranya mesin basuh anda tidak dilengkapi bekas peluntur, tambah 250ml Clorox® Bleach untuk mesin bukaan atas atau 125ml untuk mesin bukaan depan. Tambah detergen kegemaran anda.

  2. Basuh
    Mulakan kitaran cucian biasa. Cuci pada suhu 40°C untuk hasil terbaik. Sentiasa periksa label penjagaan fabrik.

Cucian Tangan:

  1. Bilas
    Bilas untuk membuang kotoran yang longgar.
  2. Rendam
    Rendam pakaian sepenuhnya selama 5 minit dalam larutan 4 sudu besar (60ml) Clorox® Bleach untuk setiap 2 Liter air.
  3. Basuh
    Basuh seperti biasa dengan detergen kegemaran anda.

Ujian kebolehlunturan

Untuk mengetahui sama ada pakaian boleh dilunturkan, anda boleh melakukan ujian kebolehlunturan yang mudah. Campurkan 2 sudu kecil (10ml) of Clorox® Bleach dan 1/3 cawan air. Titiskan setitik larutan ini pada bahagian tersembunyi fabrik itu. Bilas selepas 5 minit dan keringkan. Sekiranya tiada perubahan warna, anda boleh gunakan cecair peluntur pada item yang diuji itu.

Terdapat beberapa jenis fabrik dan kain yang tidak boleh dilunturkan. Ini termasuk: benang bulu biri, sutera, kulit, spandeks dan item yang tidak mengekalkan warna.