Langkau ke navigasi utama Langkau ke kandungan Langkau ke pengaki

Kulat dan Kesihatan Anda

Kulat dan Kesihatan Anda

Apakah yang menggalakkan pertumbuhan kulat di rumah saya?

Kulat boleh tumbuh di mana sahaja terdapat sumber makanan organik atau kelembapan. Di bawah keadaan yang optimum, kulat boleh muncul dalam masa hanya 48 jam. Kulat juga boleh tumbuh pada sisa minyak pada permukaan licin yang tidak dibersihkan dengan kerap.

Bagaimana untuk tahu jika terdapat kulat di rumah saya?

Kulat kelihatan seperti tompok-tompok comot pada permukaan, seperti kesan hitam di celah jubin atau kesan merah pada langsir bilik mandi anda. Apabila kulat dikesan, itu masanya untuk membasminya.

Di manakah kulat boleh dijumpai?

Penyelidik dari University of Arizona menilai 160 rumah di seluruh Amerika Syarikat dan mendapati kehadiran kulat dalam 100 peratus sampel itu.1 Jumlah yang tertinggi dijumpai di bahagian yang orang biasanya terlepas pandang: ambang jendela, pengadang peti sejuk, di bawah sinki dapur, pembukaan aliran udara.

Bagaimana cara menanggalkan kulat?

Sabun dan detergen boleh menanggalkan kesan kulat tetapi tidak dapat membunuh kulat. Sebarang kulat yang tertinggal selepas dibersihkan boleh membiak dengan cepat.

Apabila digunakan seperti yang diarahkan, pembersihan kerap dengan produk berasaskan peluntur, seperti Clorox® Mold & Mildew Remover with Bleach, mampu membunuh kulat dan kulapuk. Anda patut membersihkan kulat yang dilihat pada permukaan tidak berliang (plastik, konkrit, kaca, besi). Untuk maklumat lanjut mengenai cara menanggalkan kulat, sila baca Cara Membersihkan Kulat di Bilik Mandi dan Dinding Bilik Mandi.

Adakah kulat membahayakan kesihatan?

Kebanyakan masa, jumlah kulat yang sedikit tidak memberi kesan ketara kepada anda. Namun demikian, jika anda alah kepada kulat atau menghidap lelah atau masalah pernafasan lain, kulat di rumah boleh menjejaskan kesihatan. Pendedahan kepada kulat dalam rumah telah dibuktikan memburukkan gejala asma pada individu yang sensitif.2

Bagaimana untuk mencegah pembiakan kulat?

Cara terbaik untuk mengawal kulat dalam rumah ialah menghapuskan sumber asalnya. Kulat lebih cenderung tumbuh di rumah dengan tahap kelembapan yang tinggi disebabkan aktiviti harian seperti mandi dan memasak, atau mempunyai permukaan sejuk di mana kelembapan boleh memeluwap.

Langkah pencegahan pertama ialah untuk membunuh kulat dengan membersihkan permukaan keras secara kerap dengan produk berasaskan peluntur seperti Clorox® Mold & Mildew Remover with Bleach.

Petua lain untuk mengawal pertumbuhan kulat:

  • Vakum dan bersihkan rumah dengan kerap.
  • Jangan memasang karpet di bilik mandi atau di tingkat bawah tanah.
  • Pastikan rumah anda mempunyai pengaliran udara yang mencukupi.
  • Tingkatkan penggunaan kipas ekzos di bilik mandi dan dapur.

 

  1. Reynolds KA, et al. (2012). Pertumbuhan kulat rumah dan keberkesanan disinfektan natrium hipoklorit. DIO: https://doi.org/10.1080/15459624.2012.724650
  2. Bush RK, et al. (2006). Kesan perubatan pendedahan kulat. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16514772