Langkau ke navigasi utama Langkau ke kandungan Langkau ke pengaki

Fakta Mengenai Peluntur

Fakta Mengenai Peluntur

Clorox® Bleach menyediakan kepada para pengguna satu produk pembunuh kuman dan pembersih yang bukan sahaja kos efektif tetapi selamat digunakan dan tidak menjejaskan alam sekitar.

Bagaimana peluntur dihasilkan?

Untuk menghasilkan peluntur, Clorox menggunakan gas klorin cecair untuk menghasilkan natrium hipoklorit aktif, NaOCl. Gas klorin terhasil daripada elektrolisis air garam. Gas klorin berbuih dalam campuran air dan kaustik untuk menghasilkan larutan peluntur cecair (5% natrium hipoklorit aktif) yang digunakan di rumah. Tindak balas ini berlaku dalam bekas yang tertutup dan kedap supaya tiada klorin bebas di dalam produk akhir.

Bagaimana peluntur berfungsi?

Apabila anda membeli sebuah botol Clorox® Bleach anda sebenarnya membeli larutan sekurang-kurangnya 5% natrium hipoklorit dengan sedikit campuran natrium hidroksida dan natrium bikarbonat untuk membantu menimbal larutan tersebut serta mengekalkan prestasi produk selama setahun.

Natrium hipoklorit ialah sejenis baham kimia yang amat reaktif. Ia bertindak balas dengan cepat dan memecahkan kotoran kepada bahagian kecil secara efektif yang memudahkannya dibersihkan daripada permukaan dan gentian. Ia juga membunuh bakteria, virus, kulapuk dan kulat untuk mengurangkan risiko MRSA, HIV, H1N1 dan organisma lain yang berbahaya.

Adakah peluntur selamat untuk digunakan?

Setelah digunakan dalam pembersihan rumah atau cucian kain, natrium hipoklorit terurai kepada 95-98% air dan garam. Baki 2–5% pula dihapuskan dengan mudah melalui rawatan kumbahan atau tangki septik di mana ia merosot seperti tanah. Tiada peluntur cecair memasuki alam persekitaran kerana ia bertindak balas dengan beban organik di dalam paip.

Clorox® Bleach juga digunakan untuk merawat air minuman. Ia boleh mencegah penyebaran taun dan penyakit lain yang memudaratkan apabila digunakan seperti yang diarahkan. Apabila berlakunya bencana alam, produk Clorox® Bleach merupakan antara permintaan pertama oleh barisan hadapan.